December 12th, 2019

Sebelum ini, seorang lelaki melalui akaun Facebooknya mendakwa Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40-an, yang baru berkahwin dengan pemenang rancangan program televisyen realiti iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya pada tahun 2013.

Selama beberapa tahun, dia telah membuat pelbagai status Facebook dan pencarian agar Noorainul membayar baki harga kereta tesebut kepadanya. Lelaki itu, menggunakan nama Apeh Jamal di Facebook, memberitahu Noorainul telah bersetuju mengambil dan kemudian menyambung bayar kereta itu.

Tetapi Apeh kemudiannya mendapati Noorainul langsung tidak membayar bulanan kereta itu selama lebih dua tahun dan Apeh terpaksa membayar sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Walaupun bertahun tidak mengetahui lokasi sebenar Noorainul, akhirnya Apeh mendapati wanita itu berkahwin menjadi isteri kedua Farhan, dan kisah perkahwinan itu menjadi tular dan disulami kontroversi kerana ia tidak direstui isteri pertama Farhan.

Apeh seterusnya menulis di Facebook meminta Noorainul menghubunginya untuk menyelesaikan baki bayaran kereta Kenari tersebut yang telah dibayar oleh Apeh.

Kereta itu kemudiannya telah ditemui hanya 3 km dari rumah Apeh, berdekatan dengan sebuah pusat terapi milik Noorainul. Apeh memberitahu, kereta itu mempunyai nombor pendaftaran berbeza iaitu JFV9079, namun dia mengetahui kereta itu ialah keretanya berdasarkan nombor chasis yang sama seperti yang tertera pada geran kenderaan asli.

Disebabkan itu, Noorainul telah membayar sejumlah RM 10,000 kepada Apeh yang seterusnya menganggap perkara itu selesai setelah kereta itu bertukar tangan selama 6 tahun.

Namun begitu, Noorainul telah menulis bagi menjawab isu kereta Kenari tersebut.

Noorainul mendakwa, dia tidak melarikan kereta itu, sebaliknya hanya menukar nombor plat kenderaan tersebut kepada yang lain kerana tidak mahu orang yang melihat kereta itu menganggapnya besi buruk.

Alasan Noorainul bagaimanapun dianggap tidak logik oleh warganet yang memperkatakan mengenai sebab sebenar dia meletakkan nombor pendaftaran kenderaan yang palsu di kereta Kenari tersebut.

Sementara itu, Apeh juga telah membalas kenyataan Noorainul.

“Pakai no plat kenderaan palsu satu jenayah.”

Walaupun memberi alasan mengenai isu kereta Kenari tersebut, Noorainul dan Farhan masih berdiam diri mengenai dakwaan yang lebih serius iaitu Noorainul bukanlah seorang doktor seperti yang diakuinya, malah sijil doktor perubatan  Noorainul yang tersebar di Internet dikatakan palsu. – beautifulnara.com


20 responses to “Isteri Baru Da’i Farhan Nafi Curi Kereta Kenari, Beri Alasan Letak Nombor Plat Palsu”

  1. Sip sip says:

    Betul tu, bank dah tak nak simpan geran. Kereta sy sebelum ni belum habis bayar pon bank dah pulang geran.

  2. Anonymous says:

    Reply utk Tony Setaq…rasanya mmg bank pegang geran selagi x habis utk tahun2 yg dulu termsuk kenari car..sbb itu car lama. Maksud saya bukan utk yg terbaru. Saya bebaru ni beli car baru proton..terus proton bagi geran. Saya hairan knapa bagi sedangkan baru berhutang, dealer proton ckp, bankx nak simpan..penuh katanya filing.

  3. Tony Setaq says:

    ana pun fining kapla..klau masih berhutang dgn bank, bukankah bank yg simpan geran?

  4. Jering & co . says:

    Muka oenipu ,otak penipu …pencuri .. banggang

  5. Bukan doktor says:

    Harap Encik Farhan rujuk kembali dgn isteri pertama. Talaklah isteri doktor palsu sbb dia pun tak jujur ttg diri sendiri termasuk berapa suami sblum ini dan bilangan anak..’doktor’ tu sendiri ckp dlm video dia tak takut menjanda. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Encik Farhan dh jd mangsa kena ‘hypnotize’ dgn ‘doktor palsu’. Perbetulkan kembali kebhgian rumahtangga sblum baby kedua lahir kedua. Smg Allah ttpkan yg terbaik kpd Encik Farhan.

Loading...