Isteri Baru Da’i Farhan Nafi Curi Kereta Kenari, Beri Alasan Letak Nombor Plat Palsu

Hiburan

Isteri Baru Da’i Farhan Nafi Curi Kereta Kenari, Beri Alasan Letak Nombor Plat Palsu

Sebelum ini, seorang lelaki melalui akaun Facebooknya mendakwa Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40-an, yang baru berkahwin dengan pemenang rancangan program televisyen realiti iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya pada tahun 2013.

Selama beberapa tahun, dia telah membuat pelbagai status Facebook dan pencarian agar Noorainul membayar baki harga kereta tesebut kepadanya. Lelaki itu, menggunakan nama Apeh Jamal di Facebook, memberitahu Noorainul telah bersetuju mengambil dan kemudian menyambung bayar kereta itu.

Advertisement

Tetapi Apeh kemudiannya mendapati Noorainul langsung tidak membayar bulanan kereta itu selama lebih dua tahun dan Apeh terpaksa membayar sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Walaupun bertahun tidak mengetahui lokasi sebenar Noorainul, akhirnya Apeh mendapati wanita itu berkahwin menjadi isteri kedua Farhan, dan kisah perkahwinan itu menjadi tular dan disulami kontroversi kerana ia tidak direstui isteri pertama Farhan.

Apeh seterusnya menulis di Facebook meminta Noorainul menghubunginya untuk menyelesaikan baki bayaran kereta Kenari tersebut yang telah dibayar oleh Apeh.

Kereta itu kemudiannya telah ditemui hanya 3 km dari rumah Apeh, berdekatan dengan sebuah pusat terapi milik Noorainul. Apeh memberitahu, kereta itu mempunyai nombor pendaftaran berbeza iaitu JFV9079, namun dia mengetahui kereta itu ialah keretanya berdasarkan nombor chasis yang sama seperti yang tertera pada geran kenderaan asli.

Disebabkan itu, Noorainul telah membayar sejumlah RM 10,000 kepada Apeh yang seterusnya menganggap perkara itu selesai setelah kereta itu bertukar tangan selama 6 tahun.

Namun begitu, Noorainul telah menulis bagi menjawab isu kereta Kenari tersebut.

Noorainul mendakwa, dia tidak melarikan kereta itu, sebaliknya hanya menukar nombor plat kenderaan tersebut kepada yang lain kerana tidak mahu orang yang melihat kereta itu menganggapnya besi buruk.

Alasan Noorainul bagaimanapun dianggap tidak logik oleh warganet yang memperkatakan mengenai sebab sebenar dia meletakkan nombor pendaftaran kenderaan yang palsu di kereta Kenari tersebut.

Sementara itu, Apeh juga telah membalas kenyataan Noorainul.

“Pakai no plat kenderaan palsu satu jenayah.”

Walaupun memberi alasan mengenai isu kereta Kenari tersebut, Noorainul dan Farhan masih berdiam diri mengenai dakwaan yang lebih serius iaitu Noorainul bukanlah seorang doktor seperti yang diakuinya, malah sijil doktor perubatan  Noorainul yang tersebar di Internet dikatakan palsu. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...