Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Nilam mendakwa dia telah didatangi seorang wanita yang kemudiannya menyentuh perutnya.
Tadi keluar, ada seorang makcik ni dan aku tak kenal pun. Aku tak sukalah kalau perut kena pegang lepastu cakap ‘Eh comelnya perut, dah berapa bulan dah ni?’.
Saya nak minta maaf jugalah dekat makcik tu, bukan nak kurang ajar tapi aku tak suka orang sentuh perut aku.
Kata Nilam, dia kurang gemar dengan tindakan wanita itu memandangkan dia kini sedang hamil anak pertama.
Saya tak tahulah korang macam mana, tapi saya tak sukalah kalau saya mengandung lepastu orang yang saya tak kenal pegang perut saya.
Orang yang saya kenal pun tak buat macam tu.
@puan_nilamortizTak reti nak bercakap tapi nak bercakap juga faham la harapan nya di sini♬ original sound – puan nilam ortiz
Sebelum ini, Nilam mengumumkan berita gembira apabila dia mengesahkan dirinya kini hamil anak pertama.
Menurutnya, kejadian anak kecil yang bakal menjadi penyeri dalam rumah tangga itu merupakan faktor dirinya memilih untuk mempertahankan cinta dan rumah tangga bersama Azlan.