Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta, Netizen Tanya Mana Dapat Duit?

Hiburan

Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta, Netizen Tanya Mana Dapat Duit?

Tindakan pelakon Aman Graseka yang sebelum ini diuji dengan kesempatan hidup membawa isterinya bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada hari Rabu lalu mengundang tanda tanya netizen.

BACA: Mas Idayu ‘Naik Hantu’, Kesal Anak Dihalang Jumpa Bapa Kandung Aman Graseka

Advertisement

Enggan memburukkan keadaan, isteri Aman, Nurul Amrina Zamri,32, tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi fitnah dan kecaman diterima mereka suami isteri.

Aman Grasema NurulSumber : Google  

Ujar Nurul, kos untuk proses bersalin di hospital swasta itu sebenarnya telah ditanggun seorang pelakon wanita yang enggan didedahkan namanya.

Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan. Lagi pula sekarang kes COVID-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Saya ikut saja sebab ini permintaan pelakon tu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekalipun kerana sakitnya tetap sama.

Nurul yang dihubungi sebuah media itu dilaporkan telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 Kilogram secara normal pada pukul 3.54 petang hari Rabu yang lalu.

Terdahulu, Aman Graseka ada meluahkan rasa kesal berikutan sikap syarikat produksi yang masih belum membayar gaji lakonannay sejak empat tahun yang lalu.

Aman Graseka keluargaSumber : Google  

Malah, dia kini hilang punca pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 yang sekaligus menyekat peluang pekerjaannya sebagai pelakon.

Dalam pada itu, Nurul memaklumkan bahawa suaminya enggan buka mulut dalam mendedahkan siapa identiti sebenar pelakon itu.

Sekadar info, Aman dan Nurul yang merupakan model dan juga pelakon telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 yang lalu. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...