Afreena Suhaimi iaitu isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham tampil memberi penjelasan mengapa dia menghubungi bekas isteri suaminya, Zila Saeron.
Tindakan Afreena itu difahamkan telah melanggar syarat yang ditetapkan sebelum ini namun kata wanita berusia 33 tahun itu dia hanya berkongsi tentang perkembangan Ahmad Daniel, 14, anak Along dan Zila.
Difahamkan Ahmad Daniel sudah lapan tahun tidak berjumpa dengan ibunya dan Afreena turut menyangkal dakwaan bahawa dia tidak mahu menjaga remaja itu.
Niat saya bukan untuk serah anak kepada ibunya. Ibu anak itu sendiri beritahu saya dia tidak mahu bertengkar soal penjagaan anak demi mengelakkan tekanan kepada anaknya.
Anak macam dipisahkan daripada ibu kandung
Jelas Afreena, Zila hanya mahu mengambil tahu tentang perkembangan anaknya sahaja dan turut bersetuju remaja tersebut kekal di bawa jagaan bapanya.
Jadi, kenapa mengatakan saya tidak mahu menjaga anak tiri? Saya ingin tegaskan saya bukan orang yang kejam seperti itu.
Afreena menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan netizen di Instagram story yang mempersoalkan tindakannya berkongsi lokasi anak tiri kepada ibu kandungnya.
Bagaimanapun, Afreena akui tindakannya itu telah melanggar taklik yang sudah ditetapkan Along sejak awal perkahwinan mereka namun berpendapat tindakan pelawak tersebut seolah-olah mahu memisahkan ibu kandung dan anaknya.
Salah ke? Si ibu sudah lapan tahun tak jumpa anaknya. Boleh dikatakan macam dipisahkan pun ada, mestilah ibu itu rindu dengan anaknya?
“Nak hadap penagih dadah bukan mudah”
Dalam pada itu, Afreena kini menyebut suaminya mengambil bahan terlarang kerana terlalu banyak berkongsi perkara yang tidak sepatutnya kepada umum.
Kau lah terpaling betul, dedah itu ini. Saya lupa, nak hadap penagih dadah bukan mudah, terlalu delusi. Saya rasa itu sesuai jadi gelaran baru kamu buat sementara waktu, peminat ganja?
Sekarang saya faham kenapa kamu suka sangat bercakap, bercakap tanpa henti, macam langit tak ada batas. Sentiasa dalam keadaan ‘high’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.