February 21st, 2020

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan dengan soal harta menimbulkan kemarahan netizen. Apa yang dilakukannya itu dianggap biadab dan tidak menghormati kakak iparnya yang baru sahaja kehilangan suami tercinta.

ali puteh balu abam

Kemarahan Ali berpunca dari Facebook Live yang dibuat oleh Datuk Seri Aliff Syukri ketika menemuramah Hidayah dan bertanyakan beberapa soalan sensitif serta provokasi berkaitan harta peninggalan arwah suaminya.

Tidak mahu timbul sebarang spekulasi dan fitnah, akhirnya Ali telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Isu kereta, dompet & tindakan balu Abam keluar dari rumah

Ali Puteh menjelaskan apa yang dilakukannya semata-mata mahu menguruskan harta peninggalan arwah Abam termasuk hutang dan urusan faraid. Ada sebab mengapa dia mengambil dompet Allahyarham kerana memerlukan informasi berkaitan kerja dan segala hutangnya.

Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Hidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju.

ali puteh kakak ipar

Pada masa yang sama, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri. Meninggalkan rumah tersebut pada hari keenam arwah meninggal dunia.

Harapnya dengan penjelasan Ali ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan mencetuskan lagi spekulasi liar. Kami harap perkara ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : Official Ria X


49 responses to “Isteri Allahyarham Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah – Ali Puteh Dedah Cerita Sebenar”

  1. Anynomous says:

    Betulke hidayah tu setuju ali uruskan? Ali & adik beradik ali xde hak pun sbb arwah ada anak lelaki. Hidayah tu akauntan dulu, biarla dia uruskan sendiri semua urusan yg tergendala, Ali guide aje la..dia pun ada abg yg blh sama² tlg uruskan. Dayah jgk blh upah lawyer atau pihak yg lebih arif soal ni utk mudahkan urusan. Ali kalau betul ikhlas, lbih baik jernihkan hubungan silaturahim yg dah retak tu lbih afdhal..

  2. Joyahsport says:

    Aku x nk la buruk sangka tp aku ckp berdasarkan pengalaman. Bile bab org Tua ke Atau Adik beradik yg meninggal ada plk tinggal harta, yg sibuk nya Adik beradik lelaki nk faraid Bagai. Tp mase org Tua hidup mase Adik beradik hidup ada ke ank lelaki ni jaga org Tua jaga Adik beradik yg lain..Byk kes mcm ni skrg. Renung2kan lah diri sendiri sblm sibuk nk faraid kl tanggungjawab Selama org Tua hidup diabaikan. Sila hadam maksud faraid bukan tau nk hadam harta dari faraid saje

  3. Alza Biru says:

    Astaghfirullahal’azim… kenapa berfikir mcm tu sekali…sedangkan kita yg perempuan adalah yang paling mudah masuk syurga…

  4. Anonymous says:

    Bab harta peninggalan..adik bradik leh gelap mata…yg si balu kelabu asap..nmpk sgt si ali ni yg beria2.

  5. zurin says:

    Korang baca apa Ali Puteh cakap? Nak uruskan faraid…ya la ikut faraid duit dia dapat , emak abam dapat, bini dapat bahagian paling sedikit. Sedihnya jadi perempuan dalam Islam

Loading...