Beberapa hari lepas, ada artikel yang menyatakan isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid cemburu melihat adegan romantis suaminya bersama Siti Nordiana didalam drama Dia Semanis Honey.
Sejak berita itu tersebar, ada beberapa pihak mula mengkritik isteri Alif yang tidak boleh bersikap profesional dan memahami kerjaya suaminya.
Tidak mahu terus menjadi mangsa kritikan “keyboard warriorâ€, Shadila menerusi akaun Facebook Alif telah menafikan perkara berkenaan. Jelas Shadila beliau tidak pernah merasa cemburu walaupun sedikit, malah beliau adalah peminat setia drama Dia Semanis Honey.
Berikut antara kenyataan Shadila :-
Buat apa hendak rasa cemburu bukan? Lagipun adegan romantis antara Alif Satar dan Siti Nordiana didalam drama tersebut tidaklah melampau. Masih ada batas-batasnya.