Berhias untuk suami sememangnya satu perkara yang selalu dilakukan oleh para isteri agar si suami tidak ‘lari’ atau mencari wanita lain kerana tidak menjaga diri.
Namun, hal tersebut tidak dapat dipastikan kerana ada saja isteri dicurangi suami biarpun sudah berhias dan berusaha untuk mencantikkan diri.
Melalui satu video yang dimuat di platform TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan kisah sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga, si isteri tidak pernah berhenti berusaha untuk mencantikkan diri, namun si suami langsung tidak mengambil endah hal terbabit.
Bahkan, si suami juga sering memanggil isteri dengan gelaran yang kasar dan bukannya memanggil dalam nada menyenangkan hati.
Kawan saya ini kalau panggil isteri bukan panggil ‘honey’, bukan sayang, bukan namanya tapi panggil hoi atau woi.
Selama 18 tahun setia dengan suami, isteri terbabit akhirnya berlaku curang kerana berbunga-bunga apabila dipuji cantik oleh rakan suami, lalu memilih orang yang lebih hargai dirinya.
Begitu saja rumah tangga yang didirikan selama dua dekad musnah kerana suami tidak menghargai effort isteri.