Tahniah diucapkan buat pelakon senior, Normah Damanhuri apabila dia dikhabarkan bakal menerima cucu ke-17 selepas isteri kepada anak lelakinya, Ahya Rosli telah disahkan hamil.
Berita gembira itu difahamkan diterima ketika bulan Ramadan yang lalu sekaligus menamatkan penantian Ahya dan isteri setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.
View this post on Instagram
Manakala bagi Normah, berita tersebut ternyata menggembirakan kerana bertambah lagi ahli keluarga dengan kedatangan bakal cucu yang dijangka lahir pada hujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.
View this post on Instagram
“Di bulan Ramadan yang mulia ini dapat dua cucu.. jantung hati ku Ahya & Ira tahniah..ini cucu ku yang ke-17. Syukur Alhamdulillah..happynya mama..” tulis Normah menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Berita gembira tersebut turut dikongsi pengusaha produk wanita, Liyana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM yang juga merupakan anak kepada Normah menerusi rakaman video di laman Instagram.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ahya dan isteri, Shahirah Sanusi telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2019 yang lalu bertempat di Bukit Kiara Equestrian setelah setahun berkenalan.