Isu panas melibatkan seorang guru wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang terus menjadi bualan hangat netizen.
Terbaharu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kepada lelaki terbabit, yang dikenali sebagai abang CCTV dan wiring, tampil memberi penjelasan.
Menerusi perkongsian di akaun Threads bernama @lovelieebeauty_melaka, wanita itu memaklumkan bahawa dia akan memfailkan tuntutan fasakh. Lebih mengejutkan, dia turut berkongsi enam rakaman video aksi tidak senonoh antara suaminya dan guru berkenaan sebagai bukti.
Tidak hanya itu, dia turut memaklumkan akan menyerahkan resit tempahan hotel yang dibuat melalui Booking.com sebagai bahan sokongan tambahan terhadap tuntutannya.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut menafikan bahawa dia merupakan individu yang mendedahkan perkara ini kepada umum di media sosial.
Katanya lagi, kecurangan suaminya sudah lama terbongkar dan dia sendiri telah memberikan amaran kepada guru tersebut. Malah, laporan juga telah dibuat kepada pihak sekolah dan polis berkenaan insiden itu.
Dia mendakwa suaminya kini berada dalam keadaan tertekan dan malu, sehingga sanggup merampas telefon miliknya dan menggunakan akaun Facebook peribadinya untuk memuat naik hantaran tertentu.
Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakannya dalam memperjuangkan hak dan maruah diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.