Nampaknya, kisah panas di antara cikgu, si abang ‘wiring’ dan isterinya masih belum ada penghujung.
Terbaru, menurut laporan Kisah Dunia, si isteri tampil mendedahkan bahawa segala usaha yang dilakukannya termasuklah membuat aduan kepada pengetua sekolah dan pihak polis tetap gagal menghentikan hubungan sulit antara suaminya dan guru wanita itu. Hubungan itu dikatakan sudah lama berlarutan tanpa sebarang tindakan tegas.
Mula mula saya dan pihak sekolah beri peluang, lepastu dia masih contact lagi. Terus saya buat aduan tapi perempuan tu pergi buat polis report, fitnah saya macam macam dan saya terpaksa tarik semula aduan di sekolah atas desakan suami.
Apa yang lebih mengejutkan, si isteri turut mendakwa bahawa cikgu tersebut pernah membuat laporan palsu kononnya disimbah asid, sedangkan kejadian itu langsung tidak berlaku dan hanyalah rekaan semata-mata.
Dalam report tu dia fitnah saya nak simbah asid dekat muka dia. Saya cuit dia pun tidak. Dia siap cakap saya nak pijak anak dia yang 3 tahun tu.
Wanita itu turut mendedahkan proses menuntut penceraian menjadi sukar kerana suaminya enggan memberikan kerjasama yang baik.
Wanita itu mendakwa tindakan suaminya yang enggan menceraikannya itu bukanlah atas dasar masih sayang, sebaliknya hanya risau tiada sesiapa yang akan menguruskan 3 anak mereka sekiranya penceraian ini berlaku.
Dia takkan lepaskan saya. Banyak kali dah saya minta cerai, dia taknak. Tapi bukan sebab sayang pun, dia kenangkan anak-anak dia takde siapa nak jaga.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai rakaman video serta perbualan seorang guru wanita yang masih dalam idah berhubungan badan dan berlaku curang bersama seorang lelaki bergelar suami orang.