Written by AbangNara | December 24th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang gembira dengan penghijrahan Diyana ini.

isteri diyana halik bertudung

Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-

Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

isteri diyana halik bertudung

Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-

Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia

Sebelum ada yang mengeluarkan suara mengapa Diyana hanya berselendang dan masih menampakkan sedikit rambutnya, janganlah terus menghukum. Diyana khabarnya masih belum sempat pergi membeli tudung. Berikanlah masa buat Diyana. Nanti lemah semangat pula dia. Sama-sama kita nantikan imej baru Diyana yang lebih sempurna kelak.

65 responses to Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung

  1. nok gebuzzz says:

    Alhamdullillah……………..bagus la ramai artis berubah mcm ni,artis2 sendu yg masuk vateren tu bila lagi……??

    • lynn says:

      Alhamdulillah. the family is now complete! cute and adorable kids, handsome husband/father and then a beautiful and covered wife/mother.

      suka sgt dgn family ni. takda controversy :)

      • pasni abg aaron kalau boleh x payah laa blakon brpeluk2 ciom2 lg
        kalau isteri anda dah berubah anda bila lagi ye x… (silap2 nnti bini lak hntar vdeo sakaratulmaut)
        malu kat anak2 tengok bapa diorg blakon siap plok ciom bagai…
        ape2 pon kami doa yg baik2 :)

      • kiki says:

        lynn…ade la kontrovesi dulu..psal nme sbnr aaron ngan permit kerja..hur3

        • lynn says:

          nama mat haron tu ke? hahaha. kalau yg tu, ic palsu le tu. kena photoshop. dia ada tunjuk original ic dia live lah. pasal permit kerja tu, si zed saja je cari pasal. tapi tu je. takde lah controversy scandal bagai hihihi

        • kiki says:

          tw je psal ic tu palsu.tp penah la jd gosip2 kjap kn..mmg la xde kontroversi murahan..saje je nk ckp ade gak cite sket2..bkn xde lgsg..

    • ntahpape says:

      tetap menunggu bila ziana zain n erra fazira akan bertudung…

      • moo says:

        ZZ & EF xyah bertudung..dia orang selalu guna rambut pelsu.. LOL

        • lynn says:

          ZZ tu selalu lagi nampak rambut asli dia. tapi EF tu, mak aih, tak pernah nye aku nampak dia tak pakai rambut palsu. kenapa dgn rambut asli dia ye? ke alasan nak jaga rambut dari terdedah dan rosak? hmm..

    • Olga says:

      PAKAI TUDUNG PON NAK KECOH??????

    • astaga says:

      bile mase isteri aaron aziz ni artis??????????

      • mat haron says:

        nampak macam aaron ajis ni tak tegas lah. anak2 menjawab tanak pakai seksi rilek je. suruh bini pakai tudung lepas balik mekah pon bini dia tanak pakai rilek je.

  2. aina says:

    alhamdulillah…. semoga terus kekal…. kan sweet jek pkai tudung….

  3. ema says:

    tahniah & alhamdulillah..

  4. minah jambu merah biru says:

    bagos !

    • minah jambu merah biru says:

      cantek diyana bertudong cute….semoga di murahkn rezeki n bahgia selalu di sampaing suami n anak2 yg comel..

  5. jejai says:

    Alhamdulillah….semakn ramai aritis/org muda yg pakai tukar sejak kblakangan ni….mudah mudahan rezeki aron makin bertambah….amin

  6. saya ok jer!! says:

    Alhamdulillah… semoga berterusan… :)

  7. neng says:

    Alhamdulillah.. love this sweet couple!

  8. SOTONG HITAM says:

    alhamdulilah dan syabas but pasangan ini…slowly but surely…hendaknye jgnlah ade yg cuba menghentam niat baik org yg ingin berhijrah…pasti belum se-sempurna mane tapi galakkan harus diberi, bukan cacian…

  9. apa pun tak bley says:

    Alhamdulillah.. lebih cantik n berseri..

  10. cili padi says:

    semoga tuhan akan beri Diyana masa utk bershopping membeli tudung dan harap2 bukan bertudung utk ikut trend…tudung pendek di depan dan baju yg menampakkan potongan badan gitu…semoga Aaron dapat memerhatikan dan memastikan yg isterinye berhijrah dgn sempurna…insyaallah

  11. meow says:

    alhamdulillah . tahniah :D

  12. peanut says:

    mcm ni baru isteri mithali… idea kita sama la aaron. sb bila kita tegur suruh smbhyg buat dek..jer. jadi sy pun htr la jugak bab2 agama. ceramah dr utz azhar & lain2. tambah lagi dgn video2 menandakan hari nak kiamat. alhamdullilah.. suami sy dah berubah. solat x pernah tinggal dah skrg.

  13. peanut says:

    tambah lagi dengan doa dan juga, bacalah alfatihah 7x setiap kali lepas solat. insyaallah, pintu hati mereka terbuka.

  14. FLJ says:

    alhamdulillah,teruskan menutup aurat sebaiknya…kalau nk ikutkan mmg ramai yg dah bertudung..tp berapa ramai yg betul2 menutup aurat..kening tu pun jgn la di nipiskan..Allah dah cipta semua makhlukNya dgn sebaik2 dan secantik2 kejadian…peringatan pada diri sendiri dan semua..peace :)

  15. ikan says:

    hmm ok gak idea hantar video tu.. those lain yang takut bini pun boleh la pakai idea tu.

  16. gadis says:

    Isteri dh berubah..diri sendri plak mcmmane…msh mencari rezeki dengan lakonan yg peluk2 bagai ke?same2 la berubah…

  17. pretty says:

    alhamdulillah

  18. miyo says:

    boleh aku nak komen camni:

    ada sesetengah org ni rasa tak yakin bertudung. konon rasa diri tak lawa bila bertudung. tak cun. rasa diri lawa sgt kalo free hair.. boleh kibas2 rambut gitu.. kalo pakai tudung rasa makcik2. ingat lah tu sume hasutan syaitanirojim. syaitan tu saje bisik kat telinga kau lagi anggun kalo nampak rambut. jangan lah terpedaya dgn hasutan2 syaitan. wahai pompuan.. kamu sume sangat lawa kalo bertudung. amoi2 kat luar tu kalo bg depa sume bertudung.. aduhhaai. lawa okey!

  19. zaia says:

    Wah xsngka aaron ni mcm ni.
    tengok orgnya,aku ingatkan jenis xkisah isteri pakai tudung ke tak.
    rupanya dia dh lama minta dn ada jgk usaha hntr video dn nsht2 untuk mndorong isteri.
    bagus la

  20. Pilih kasih says:

    kalau diyana pakai tudung mcm pic y kedua tu pn cantik….ap pn moga diyana akan berubah ke arah y lebih baik lagi….

  21. Cik Rini says:

    syukur kepada Allah..semoga akan terus diberi petunjuk dan hidayahNya.. amin.

  22. anymous says:

    Alhamdullilah Dayana..dan tahniah Aaron.Dari Aaron berlakon dalam cinta bolywood di spore kami terus support kiranya dari bujang lagi lah ..hingga u berkahwin dan berhijrah ke Malaysia. U layak utk berada di sini dengan karektor dan sikap anda yg menghormati sekeliling. Lakonan yg berkesan dengan membatas kan corak lakonan contoh.kalau jadi suami tak perlu lah macam nak masuk kain dlm yg memegang watak isteri tu . Tahniah Aaron ..Semoga bertambah sukses dlm kehidupan dan kerjaya .
    Sikap Aaron tak da nak sembunyikan isteri dan isteri dia pun cool je di depan fan itu dah nampak sweet nya kalian ..ada tu tak nak bawak isteri ke kapert merah tapi beriringan dgn artis wanita lain..propa je lebih.

  23. tudung biru says:

    Suka biler baca cerita ni di BN, sebut Alhamdulilah… :)

  24. bilakakjemahmenulis says:

    4×4=16 in case ada yg tak tahu. hihi

    alhamdulillah. way to go sis diyana! semoga kehidupan anda sekeluarga lebih bahagia & lebih diredhai Allah swt.

  25. oh mama says:

    semakin cantek…

  26. cik eina says:

    Alhamdullilah..semakin manis menawan…suke tgk..

  27. nomei says:

    tahniah diyana….syukur kpd Allah swt

  28. betik says:

    bagus cara Aaron ni.. dok tegur je bleh buat gaduh..

    so dia guna pendekatan lebih lembut.. hntar video2 kiamat smpai terbuka hati isteri dia..

    good job Aaron!! tahniah Dayana!!

  29. kak wok says:

    sudah lengkap….jg la keluarga baik2 ye abg aron. anda sungguh bertuah..bersyukur la dengan kurniaan Allah kepada anda…