Written by AbangNara | December 24th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang gembira dengan penghijrahan Diyana ini.

isteri diyana halik bertudung

Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-

Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

isteri diyana halik bertudung

Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-

Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia

Sebelum ada yang mengeluarkan suara mengapa Diyana hanya berselendang dan masih menampakkan sedikit rambutnya, janganlah terus menghukum. Diyana khabarnya masih belum sempat pergi membeli tudung. Berikanlah masa buat Diyana. Nanti lemah semangat pula dia. Sama-sama kita nantikan imej baru Diyana yang lebih sempurna kelak.

65 responses to Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung

  1. ila says:

    Masih ingat first time Aaron bwk Diyana n introduce as “my love” masa dia menang Rancangan Anugerah di TV Spore dulu… Syukur Alhamdulilah Diyana, moga menjadi contoh terbaek buat artis2 lain gak .. ;-)

  2. boooooooooooooo says:

    Ok lah tu, kalau nak compare dgn wife adi putra yg kata nya bertudung mcm pakai topi, leher pun masih nampak lagi, pakaian pun entah pa2 entah, no wonder pun husband scan dgn pompuan lain..

  3. Kledek hanyut ranggup says:

    Adi putra kan org malaysia ..takpe la . Lagipun mmg pesen bini Adi pakai ,tudung style cam tu, MAK ngah aku pun ada jgk pakai bila kluar g kedai .
    Takde pun pak lebai kritik.

  4. NIsh says:

    Memang betul kata org, pompuan lebih manis kalau bertudung. Nampak macam Nana Mahazan pun ada…. Nana bila lagi????

  5. Siti says:

    Adi putra org m’sia???
    Mana la ko baca ni…….huhuhuh

  6. cantiksemulajadi says:

    kpd lynn….sibuk je duk tny psl rmbut ori EF….bior dia laa…rmbut pelesu ke hape…doakan dia cpt2 mnutup aurat sudah…..xpaham aku ngan makhluk mcm kau….kpd Diyana..tahniah utk anda sbb dh tutup dosa yg dtanggung suami……

  7. anymous says:

    mamat gigolo ady putra tu sporean ok…dek kerana nak dpt pr malaysia kacau isteri handy black tu ..last2 aaron dpt dlu pr ..huahuahuahau

    • Kledek hanyut ranggup says:

      Eh betul ke adi putra tu org spura..
      Sebab aku tngk pat Tv bila dia bercakap da lorat org kita .
      Tapi ape2 pun kalau da dok keja cari rezki pat msia ni tolong la jgn nk gatal ..
      Jgn lupa niat awak tu adi oi..

  8. makjah says:

    tapi nape aku tgk instagram bini aaron, xpakai tdung punnn

  9. insaf says:

    bertudung mmg baik…alhamdulillah…tapi mesti igt solat pun nak kena betul dan jgn culas nak buat…
    jgn sebab sekarang ni fenomena artis bertudung semua nak bertudung, tapi amalan2 wajib lain x pulak nak belajar betulkan…
    (peringatan untuk diri sendiri juga)

  10. Usin lempoyang says:

    Alhamdulillah… makin ramai artis2 dan isteri artis yg dh bertudung! baru2 ni isteri Arash Mohd, pastu isteri Aaron Aziz… yg baik kita jadikan teladan! yg baik jdikan sempadan… doakan yg terbaik utk mereka dan diri kita juga… Ameen~

  11. Anonymous says:

    i like him not because he’s a good looking man, i like him because he loves his family, very loving and charming to his wife. Not many famous celebrities can do that after being showered with glamorous life, money and pretty women around them. Keep it up Aaron.

  12. ella says:

    harap2 kekal dgn image bertudung

  13. Khai says:

    biasa je la pakai tudung.. benda wajib ke atas setiap wanita yg beragama Islam.. xpayah nak heboh sangat

  14. Miss Umie says:

    Syukur, dan Tahniah Diana sebab nak berhijrah pelan2 & lama2 akan mudah,selesa dan tuntutan agama lagipon,saya berdoa agar semakin ramai artis lama dan baru berhijab ameen.tak semestinya pakai tudung tak boleh berfesyen asalkan yang bersesuaian.

  15. Alhamdulillah. Lepas ni boleh jadi model moslema pula ya. :)

  16. nikki says:

    Ishhhh.. Aku ni first time go through Beautiful Nara ni.. Bukan cerita2 dlm ni yg attract aku, tapi komen2 korang ni yg attract aku.. Org bertudung pon salah, org belakon peluk2 pon salah, org buat itu salah, org buat ini salah.. Mcm2 la kesalahan yg korang cari.. Yg pakai tudung sejak baby pon belom tentu bertutup habis.. Yg sntsa berlengan panjang n bertudung pun, belum tentu cukup bertutup.. Haishhh.. Sudah2 la komen benda negatif.. Cuba la korang komen something more positive.. This is why Malaysia cannot apply full DEMOCRACY.. You guys can definitely create CHAOS.. Like an expert!!

  17. […] ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi […]

  18. […] ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi […]

  19. […] Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung (63) […]

  20. […] Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung (64) […]