Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Istana Kelantan Keluar Kenyataan, Tidak Boleh Guna Gelaran Permaisuri Tanpa Pengumuman Rasmi

Umum mengetahui mengenai kewujudan akaun Instagram menggunakan nama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan dan telah berkongsi kisah peribadi serta beberapa foto bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Advertisement

Setelah 8 bulan mendiamkan diri, akhirnya pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala sumber berita adalah tidak sah, melainkan ia diumumkan oleh pihak istana sendiri.

Istana Kelantan menyeru agar rakyat tidak mudah mempercayai segala maklumat daripada Instagram berkenaan yang rancak dan mula mendapat perhatian ramai setelah berkongsi segala kisah peribadi mengaitkan nama Sultan Muhammad, termasuk membuat pengumuman mengatakan anak yang dilahirkan bakal menjadi Putera Mahkota Kelantan.

Tiada siapa boleh menggunakan gelaran

Permaisuri tanpa sebarang pengumuman rasmi

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Advertisement

Pihak istana menasihati orang ramai dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial. Ia boleh  mencetuskan kekeliruan dan salah faham.

Sumber Berita & Foto : Bernama

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. Anonymous

    July 18, 2019 at 11:05 am

    kalau sebelum2 ni bekas isteri adalh bkn dri “tanah tumpahnya darahku” di sini, hrp masa akan dtg, carilah malaysian women..itu je. Tak pelah, asalkan malaysian women. Cuba dulu. Kita ni budu, cencalok, sambal belacan, tempoyak, kari, kueh tiow sentiasa bermain dlm minda kita. Kami sebagai rakyat sgt gembira, org sini jdikan queen.

  2. Anonymous

    July 18, 2019 at 10:55 am

    Satu lagi perempuan pisau cukur.kadang2 heranla no ngan lelaki sekarang, nie aku cakap scr umumla.nak kawin duk tengok muka syantik saja,akhlak tu nanti boleh didik konon.bila dah kawin,boleh taula siapa didik siapa.banyak lelaki x guna skrg,pompuan pun sama.

  3. Anon

    July 17, 2019 at 4:33 pm

    Tu la, apasal buat sorok2. Ko ingat kaukasen ni boleh senyap2 jadik bini simpanan.

  4. Anonymous

    July 17, 2019 at 4:32 pm

    Tak side mana2 dlm hal ni. Tapi kalau kita kupas satu per satu:
    1. Kenapa kahwin senyap2?
    2. Dah kahwin kenapa x umum?
    3. Disebabkan 1&2, si isteri x ditabal (mungkin?)
    4. Disebabkan 1-3, baby lahir pun x umum
    5. Disebabkan 1-5, nak gelar bini & baby sbg sultanah & tengku mahkota pun xleh
    6. Tup2 cerai talak 3. So status bini & baby mcm mana? Kesian tau dari mula status samar2 & diperlakukan mcm tu pulak.
    7. Dah ler minah tu muallaf. Dah dibawa masuk ke agama kita, habih pantang jer kena cerai. Kasi 3 terus. Kenapa layan saudara baru pompuan kita mcm tu? Apa2 pun dia tetap anak org & she had a future & dreamss in front of her.
    8. Kalau dia buat something yg x boleh dimaafkan (Cth curang) & he chose to kasi dia 3 I have no commentlah. Tapi kalau semata2 share terlalu byk private info and they don’t like certain info, well, pikir 100x lah kat siapa2 yg berangan nak jadi sultanah

  5. Anonymous

    July 17, 2019 at 4:32 pm

    terdesak nk pakai kasut kaca…
    nk jd permaisuri kelate tuh kene ikut undang2 negeri.. hanye wanita melayu sahaja…
    dari ramai2 negeri… anak2 sultan belah kelantan yg paling huru hara…
    kawin sume nk yg obersea… yg lelaki yg dpt anak pun yg dgn escortgirl

    • Anonymous

      July 17, 2019 at 5:14 pm

      Tak boleh salahkan pompuan tu juga. Rasanya rata2 kalau dilamar kerabat, especially one so near the throne, akan berbunga hati dan giddy juga. Fairy tale ler katakan. Tapi naperlah tak buat betul2 dan seikhlas yang boleh? i.e. naper sorok, dari kahwin sampailah lahir anak, sampai habis pantang kena cerai talak tiga terus? Dah ler pompuan tu saudara baru – mualaf. Bawak anak org masuk islam, muda pulak tu. Disebabkan nak sorok sangat, status pompuan tu samar2 dari segi perundangan kesultanan kelantan dari mula sampai kena cerai. Baby yang x berdosa tu pun sama. Kesian mualaf & baby tu. Ya mungkin masa silam pompuan tu “colourful” tapi takkan si suami tak tahu? Especially dgn pangkat & status beliau masa tu, mesti dah selidik terlebih dahulu? Takkan tak tahu kedudukan & status beliau datang dgn amanah & tanggungjawab kepada rakyat & negara? I’m sure he knows. Tapi diteruskan juga disebabkan cinta? nafsu? mmg taste dia? dengan bersorok2?Andaikata si pompuan memang ikhlas masuk agama Islam, mulakan kehidupan baru, tapi kena diam, sorok & terima bulat2 apa org buat, tak ker aniaya semua ni? Nak jawab apa kat bini & anak kat akhirat nanti? Tapi andaikata pompuan tu tak ikhlas pun nak masuk agama Islam & kat beliau, rakyat & negara, I’m not so surprised. What do you expect? Tgklah CV dia, apa professional development dia? She is also only 26 years old. What do you expect? Tapi wajarkah dia disorok dan diceraikan talak 3? Talak 1 tak boleh ker? Dgn kes2 dulu yang terpalit dgn royal house ni, ramai tak surprise that this is yet another 1 messy case.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama