Umum mengetahui mengenai kewujudan akaun Instagram menggunakan nama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan dan telah berkongsi kisah peribadi serta beberapa foto bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Setelah 8 bulan mendiamkan diri, akhirnya pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala sumber berita adalah tidak sah, melainkan ia diumumkan oleh pihak istana sendiri.
Istana Kelantan menyeru agar rakyat tidak mudah mempercayai segala maklumat daripada Instagram berkenaan yang rancak dan mula mendapat perhatian ramai setelah berkongsi segala kisah peribadi mengaitkan nama Sultan Muhammad, termasuk membuat pengumuman mengatakan anak yang dilahirkan bakal menjadi Putera Mahkota Kelantan.
Tiada siapa boleh menggunakan gelaran
Permaisuri tanpa sebarang pengumuman rasmi
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.
Pihak istana menasihati orang ramai dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial. Ia boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham.