Suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman kekal tenang menerima berita tentang isteri ‘diculik’ oleh tentera Israel, pagi tadi.
“Kali terakhir mesej subuh tadi, sekarang mesej satu tick..”
Menurut Mahadi, dirinya hanya mengetahui tentang penahanan isterinya selepas menerima maklumat daripada perkembangan berita misi Global Sumud Flotilla yang disertai Heliza.
Kali terakhir kami mesej adalah waktu selepas subuh tadi dan sekarang saya mesej hanya ada satu tick. Tapi apa boleh saya katakan, kita doa yang baik-baik. Saya fikir positif sebab dia pergi secara global dan bukan individu.
View this post on Instagram
Percaya tentera Israel tak lakukan perkara ekstrem
Dalam pada masa yang sama, Mahadi turut berasa yakin tentera Israel tidak akan melakukan hal-hal yang ekstrem terhadap peserta-peserta GSF susulan mereka juga pergi hanya mahu menghantar bantuan secara aman.
Saya juga percaya pada organisasi terlibat dalam misi ini kerana mereka ada pengalaman bila perkara sebegitu berlaku. Sama juga Heliza dan Hazwani, kedua-dua mereka pernah masuk ke Gaza sebelum ini.
Terdahulu, kecoh di platform media sosial memaklumkan laporan berhubung 12 aktivis kemanusiaan daripada Malaysia, termasuk Heliza dan Hazwani telah ditahan oleh tentera Israel.