Israel Tahan Kapal Bawa Bantuan, Doktor Malaysia Antara Yang Terlibat

Trending

Israel Tahan Kapal Bawa Bantuan, Doktor Malaysia Antara Yang Terlibat

Tentera Israel  telah menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia, bersama 3 anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dalam misi ‘Women’s Boat To Gaza'(WBG), malam tadi.

Advertisement

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), telah mengesahkan kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia).

Kapal Zaytouna itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG yang lain mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

Delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...