Israel Lancar Semula Serangan Udara Ke Atas Gaza

Trending

Israel Lancar Semula Serangan Udara Ke Atas Gaza

Israel melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan udara di Gaza tengahari Selasa, selepas gencatan senjata gagal dilaksanakan, koresponden AFP yang berada di sana melaporkan.

Advertisement

Koresponden AFP melaporkan satu serangan udara berlaku di Gaza dan salah seorang saksi melaporkan serangan kedua berlaku di selatan Khan Yunis.

Terdahulu, jumlah korban serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 192 orang apabila enam orang lagi terbunuh pada Selasa sebelum Israel menerima genjatan senjata ditaja oleh Mesir.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu tiga orang terbunuh di dalam dua serangan berbeza di bandar Khan Yunis.

Manakala dua lagi lelaki meninggal dunia akibat cedera parah dan seorang wanita terbunuh dalam serangan di Rafah menjadikan jumlah semua yang terkorban hari ini adalah enam orang.

Kesemua mangsa meninggal dunia sebelum Israel menerima cadangan genjatan senjata oleh Mesir namun cadangan itu ditolak oleh Hamas.

Setakat ini tiada rakyat Israel yang terbunuh hanya empat mengalami cedera parah dalam serangan bertalu-talu di Gaza.

Seorang Pegawai Kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB) berkata lebih daripada suku yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak.

Sabtu dikatakan hari paling berdarah kerana telah mengorbankan 56 orang rakyat Gaza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...