Tentera rejim Israel telah melancarkan serangan udara dan mengebom bandar Rafah di selatan Gaza pada malam pertama Ramadan.
Rumah sebuah keluarga di kejiranan Al-Juneina di timur Rafah. terkena serangan bom tersebut di mana ketika itu mereka sedang menikmati juadah sahur menyebabkan ada yang terbunuh dan cedera.
View this post on Instagram
Kekurangan makanan dan air yang sangat teruk
Bukan itu sahaja, apa yang lebih meruntun hati adalah mereka semua kini mengalami masalah kekurangan makanan dan air yang sangat teruk.
Bermakna, sebelum Ramadan lagi mereka memang sudah menjalani kehidupan seharian seperti orang berpuasa kerana tiada bekalan makanan dan air secukupnya.
Seorang rakyat Palestin, Sabah Al-Hendi berkata semua orang yang berlindung di Rafah tidak mampu untuk bergembira dan raut wajah juga sentiasa bersedih.
Keadaan sekeliling pun akan membuatkan kamu mahu menangis (melihatnya).
Semuanya terhad
Dalam pada itu, peniaga pula berkata mereka kekurangan barang untuk dijual dan harga barangan juga kini meningkat. Seorang lagi penduduk berkata,
Tiada apa (makanan dan minuman) yang ada untuk kami. Pilihan yang ada pun terhad. Daging dan ayam tiada.
Bandar Radah kini menjadi tempat lebih 1.5 juta rakyat Palestin berlindung dan beratus-ratus rakyat mereka berkumpul di masjid yang telah hancur akibat dibom dan kawasan kem perpindahan untuk menunaikan solat.