Ismanira Jawab Dakwaan Buat ‘Muka Kosong’ Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan – “Saya Tak Faham Mengapa Dia…”

Trending

Ismanira Jawab Dakwaan Buat ‘Muka Kosong’ Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan – “Saya Tak Faham Mengapa Dia…”

Ismanira Abdul Manaf, tertuduh dalam kes kematian anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, menafikan dakwaan seorang saksi pendakwaan yang mengatakan wajahnya kelihatan ‘kosong’ semasa siasatan awal dilakukan, memetik AWANI.

Dalam perbicaraan hari ini, Ismanira menjelaskan bahawa ketika memberikan keterangan kepada Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, dia berada dalam keadaan emosi yang sangat tertekan dan tidak memahami maksud wajahnya dilabelkan kosong.

Advertisement

Bapa zayn rayyan kecewa

“Saya tidak faham apa maksud dia muka saya kosong. Sejak anak saya hilang, saya lalui perkara yang sangat perit. Masa itu saya cuma fikir di mana Zayn dan malam itu hujan sudah mula turun,” kata Ismanira dengan nada sebak.

Ismanira juga menceritakan bagaimana inspektor berkenaan tiba di Pangsapuri Idaman Damansara Damai kira-kira lima jam selepas laporan kehilangan dibuat. Inspektor Nina ketika itu menghubunginya dan memaklumkan bahawa seseorang mendakwa melihat Zayn berjalan di koridor tingkat tiga.

ibu Zayn rayyan diperintah bela diri

“Saya tunggu sehingga jam 7.50 malam, kemudian saya terima panggilan daripada Inspektor Nina yang memaklumkan maklumat daripada ketua blok yang mendakwa ada individu terlihat Zayn berjalan di koridor tingkat tiga di apartment saya,” ujar Ismanira.

Pada awalnya, Ismanira enggan pulang kerana ayah mertuanya sedang mencari Zayn, namun selepas dimaklumkan kembali, beliau merayu agar bantuan dihantar segera.

Perbicaraan kes ini akan diteruskan sehingga Khamis depan, di mana Ismanira diperintah membela diri, setelah mahkamah mendapati wujud kes prima facie terhadapnya. Suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari, yang turut didakwa bersama, telah dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti kukuh terhadap pengabaian anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-21 13:19:48

Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan, Ismanira Menangis Ketika Diperintah Bela Diri – “Dia Diberi Tiga Pilihan..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...