Ismail Sabri Yaakob Dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Trending

Ismail Sabri Yaakob Dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Terikini! Baru sahaja sebentar tadi Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Malaysia akhirnya menerima Timbalan Perdana Menteri baharu dan ia berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

“Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara”.

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta”.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti”. – Tulis kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan ini juga dilihat perlu bagi membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara. Ismail Sabri bagaimanapun, masih memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...