Ismail Sabri Ucap Takziah Atas Pemergian Mamat Khalid

Trending

Ismail Sabri Ucap Takziah Atas Pemergian Mamat Khalid

Tidak dinafikan, insan bernama Mamat Khalid bukanlah seorang individu yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Karya filem, telefilem dan drama berkonsepkan komedi satira arahan beliau boleh dikatakan sangat rapat di hati kebanyakan rakyat Malaysia.

Pengarah serta pelakon itu dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sekitar pukul 12.30 pagi semalam pada usia 58 tahun ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Slim River, Perak.

Advertisement

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah turut mengesahkan berita duka tersebut dan memaklumkan yang Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya iaitu Sarang Art Hub di Tanjung Malim.

3 years ago

Jangan Rentas Daerah Dan Negeri, Ambil Iktibar Dengan Kes Lonjakan Selepas Aidilfitri - Ismail Sabri

Ia sememangnya satu kehilangan yang besar buat kita semua, lebih-lebih lagi peminat karya seni perfileman yang beliau hasilkan. Maklumat awal melaporkan yang jenazah permata seni tanah air bernama Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid akan dikebumikan di Ipoh hari ini.

Sebagai rekod, Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya. Allahyarham turut meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima orang anak.

Mamat Khalid Meninggal Dunia

“Dunia seni kehilangan sebutir bintang” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memanjatkan doa dan menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluahkan rasanya susulan pemergian Mamat Khalid dengan mengatakan yang dunia seni hari ini kini kehilangan sebutir bintang dalam ciapan di akaun Twitternya.

Tambah Perdana Menteri Malaysia itu lagi, Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat merupakan antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman negara.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan para penggiat seni tanah air di atas kehilangan ini,” tulis Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapannya itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...