Ismail Izzani Tidak Tinggal Solat Untuk Elak Perkara Negatif

Hiburan

Ismail Izzani Tidak Tinggal Solat Untuk Elak Perkara Negatif

Dunia hiburan ini memang syok apatah lagi kalau sangat popular memang akan kaya raya. Namun, tiada siapa tahu sisi gelap disebalik dunia glamor. Kalau diri tidak kuat, boleh sahaja terjebak dengan perkara negatif dan kena bijak memilih kawan.

ismail izzani

Advertisement

Pernah terpalit kontroversi sebelum ini,  penyanyi Ismail Izzani memberitahu salah satu cara untuk dia mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif adalah dengan menjaga solat. Meskipun belum sempurna, dia percaya dan yakin bahawa solat dapat mendorongnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Nafsu nak buat jahat memang susah kita nak kawal tapi kena pandai bahagikan masa dengan benda-benda positif. Salah satu cara, jangan tinggalkan solat walaupun banyak dugaan tapi saya tetap akan cuba jaga solat.

ismail izzani

Bagi saya, kita kena sentiasa ingat Allah sebab dia ingat kita. Mak saya selalu pesan, ingat solat, bila kita solat mendorong kita buat benda baik. Tidak membawa kita ke arah yang negatif dan malah tidak terasa pun nak buat benda-benda jahat.

Dalam pada itu, Ismail mengakui segala kesilapan yang terjadi sebelum ini adalah keputusannya sendiri. Kini, dia dalam proses untuk belajar membuat keputusan yang betul untuk diri sendiri.

ismail izzani

Apa yang berlaku sebelum ini, jadikan sebagai pengajaran. Perbaiki kelemahan diri dan jangan ulangi lagi kesalahan yang sama. Semoga Ismail terus semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...