Tidak berminat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dihimpit pula dengan kontroversi panas ke kelab malam bersama aktres Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff, penyanyi Ismail Izani tidak dinafikan menerima kecaman teruk.
Namun, apa yang membuatkan beliau terkilan adalah tuduhan mengatakan dirinya membawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya. Perkara itu disedari oleh Ismail apabila rakan-rakannya dihalang oleh ibu bapa mereka untuk berkawan dengannya.
Sudah banyak kali sebenarnya saya menghadapi situasi ini, ibu bapa beberapa rakan saya mula menghalang anak-anak mereka berkawan rapat dengan saya kerana dikatakan membawa pengaruh buruk.
Namun, perasaan yang saya pendam selama ini sudah sampai ke kemuncak sehingga saya alami mental breakdown. Saya akui sedikit terasa hati apabila dilemparkan tuduhan sebegitu.
Bersabarlah Ismail, bukan semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Malah, kita juga tidak boleh ubah tanggapan orang kepada diri kita.