Penangan BBNU ini bukan sembarangan, sehingga peminat tegar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendambakan masa bersama artis pujaan mereka.
Penyanyi Ismail Izzani mendedahkan ada peminat yang ingin menawarkan beliau sejumlah wang yang lumayan dan menempah hotel semata-mata untuk bertemunya secara peribadi.
Dia beritahu tidak kisah bayar berapa banyak kepada pihak pengurusan asalkan dapat bertemu dengan saya. Malah, ada sanggup menempah hotel untuk saya menginap supaya dapat meluangkan masa sambil menikmati jamuan pada keesokan hari.
Walaubagaimanapun, Ismail tidak mudah ‘tergoda’ dengan tawaran tersebut dan menolaknya secara baik.
Bahaya juga kalau terus setuju dengan pelawaan orang yang tidak dikenali, takut nanti jadi fitnah dan sekali lagi terlibat dengan kontroversi. Oh ye, isu hotel dengan Zarina Anjoulie dah selesai ke?