Isma Aliff Ditidurkan, Kritikal Akibat Jangkitan Pada Jantung & Paru-Paru

Hiburan

Isma Aliff Ditidurkan, Kritikal Akibat Jangkitan Pada Jantung & Paru-Paru

Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff dilaporkan kritikan dan kini ditidurkan selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-parunya.

Adik Isma, Shamsidah Ismail berkata abangnya itu telah ditahan di sebuah hospital sejak Jumaat lalu selepas tiba-tiba terkena serangan angin ahmar.

Advertisement

Sebelum itu, selebriti berusia 59 tahun itu ada mengadu sakit kepala dan badannya berasa kebas ketika menjaga ibunya yang kini terlantar.

Abang tak pernah pula mengalami masalah itu sebelum ini tapi kebelakangan ini dia berjalan ke pagar rumah pun mengah. Ingatkan tak serius dan anggap perkara biasa di usia-usia macam ini.

isma aliff

Tambah Shamsidah, keadaan Isma agak lemak sewaktu dia melawat pada petang Ahad dan doktor memaklumkan abangnya perlu ditidurkan.

Dia yang sempat melawat Isma hari ini akui berasa sebak melihat keadaan abangnya dan keluarga hanya mampu berharap agar selebriti itu sembuh seperti sedia kala.

Percakapan dia agak lemah. Malam tadi, tahap oksigennya mengurang dan doktor terus tidurkan kerana jantung bengkak dan paru-paru ada kuman disebabkan jangkitan selepas terkena strok…

Doktor pun cakap peluang sukar dijangka kalau sudah membabitkan serangan organ penting. Kita tunggulah dalam dua tiga hari kalau boleh buka tiub yang disambungkan kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

M Daud Kilau
1 year ago

(TAKZIAH) Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...