Islamophobia: Ahmed Mohamed Mendapat Perhatian Dunia Kerana Jam Yang Disangka Bom #IStandWithAhmed

Trending

Islamophobia: Ahmed Mohamed Mendapat Perhatian Dunia Kerana Jam Yang Disangka Bom #IStandWithAhmed

Amerika Syarikat: Disebabkan islamophobia seorang guru melihat jam rekaan Ahmed sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas. Isu tercetus apabila Ahmed membawa satu jam rekaan beliau ke sekolah untuk menunjukkan hasil rekaanya kepada guru kelas tapi situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya.

Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #StandwithAhmed. #StandwithAhmed kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Advertisement

1

Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.

Syarikat teknologi Google juga tidak melepaskan peluang untuk menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai satu tanda sokongan kepada pelajar itu.

Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunanakan.
Dia kemudian dilepaskan dari tahanan polis selepas disoal siasat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...