“Islam Tidak Halang Homoseksual”, Debat Piala Tun Razak Tidak Jaga Sensitiviti Agama

Trending

“Islam Tidak Halang Homoseksual”, Debat Piala Tun Razak Tidak Jaga Sensitiviti Agama

Baru-baru ini tular isu tajuk perdebatan yang dipilih di Piala Tun Razak 2019 yang dianggap tidak menghormati sensitiviti agama Islam. Menurut Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Kementerian Pendidikan perlu ambik tindakan segera dalam isu ini.

Saya sangat kesal dengan pemilihan tajuk tajuk debat ini yg langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia apatah lagu dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai juga oleh orang Islam.

Advertisement

Piala Tun Razak 2019 mencetuskan kontroversi dengan pemilihan tajuk debat seperti “Islam tidak menghalang homoseksual” dan “Penulisan semula Al-Quran“. Di dalam pertandingan ini, pelajar beragama Islam terpaksa menyokong kenyataan itu.

Menurutnya lagi, pemilihan tajuk sebegitu oleh penganjur boleh menjejaskan akidah apabila sesuatu pihak itu terpaksa menyokong atau menentang usul terbabit.

“Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main, difikir secara hipotetikal ataupun sengaja berbahas semata mencari kemenangan walaupun ia batil.”

group whatsapp

Kredit: Sinar Harian

Sementara itu, dalam satu group WhatsApp bernama Ibu Bapa F5 SMAPK 2017 turut memaparkan perbualan mengenai isu itu. Rata-rata ibu bapa terkejut dengan pemilihan tajuk sebegitu dilakukan di peringkat sekolah.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam debat bagi pelajar sekolah. Dalam situasi ini, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah dipaksa menyokong tajuk tersebut.

“Disebabkan pemilihan tajuk sebegitu, pasukan debat SMAPK telah menarik diri daripada menyertai pertandingan.”

Jawatankuasa Piala Tun Razak 2019 telah memberikan kenyataan permohonan maaf tentang insiden ini. Di dalam kenyataan itu, mereka turut menjelaskan mengenai kontroversi yang berlaku.

kenyataan maaf
kenyataan maaf
Isu ini juga telah dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan diminta untuk ambil tindakan segera kepada pihak penganjur.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.