“Islam Tak Ajar Buka Aib Orang Di Khalayak Ramai” – Persoal Agama Alicia Amin, Bapa Tampil ‘Bahasakan’ Individu

Hiburan

“Islam Tak Ajar Buka Aib Orang Di Khalayak Ramai” – Persoal Agama Alicia Amin, Bapa Tampil ‘Bahasakan’ Individu

Sejak daripada kemunculannya dalam ‘Asia’s Next Top Model’, nama Alicia Amin tak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Mungkin kerana gaya kehidupannya yang bebas, ia nampak tidak bersesuaian dengan dirinya sebagai seorang penganut agama Islam.

Terbaru, salah seorang daripada adiknya iaitu Raja Adam Iskandar telah memuat naik potret mereka sekeluarga bagi menyambut Hari Bapa.

Advertisement

keluarga alicia amin

Dalam usaha untuk mengabdikan momen indah itu, terdapat seorang individu yang telah meninggalkan komen mempersoalkan agama Alicia Amin.

alicia amin

Tidak mendiamkan diri, bapa kepada model itu iaitu Dr Raja Amin telah memberikan balasan padu kepada individu tersebut dan menjelaskan bahawa siapa kita untuk membuka aib orang lain selain mengatakan hidayah itu milik Allah.

Malahan Alicia Amin juga telah memuat naik tangkapan skrin komen ayahnya itu dan memuji tindakan doktor itu ‘membahasakan’ individu tersebut.

alicia amin

Rata-rata netizen memuji tindakan Dr Raja Amin kerana tidak kisah untuk ‘back-up’ satu-satu anak perempuannya itu daripada terus diserang oleh orang yang berterusan tidak puas hati dengan wanita tersebut.

ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang berterusan mempertikaikan gaya hidup model itu selain mengatakan bahawa doktor tersebut langsung tidak menjawab persoalan yang diajukan individu itu.

ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin ayah back up alicia amin

Saban hari ada sahaja yang tak kena di mata netizen mengenai Alicia Amin kan?

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...