Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penganjuran acara ‘speed dating’ yang sedang hangat diperkatakan di media sosial pada ketika ini.
Kata Ustazah Asma’ di TikTok miliknya, acara itu tidak mengikut ajaran yang ditetapkan agama Islam dan dia juga merasa sedih melihat ramai orang Islam menyertai program itu.
Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan.
Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.
Ujarnya lagi, meskipun ramai yang mempertahankan penganjuran acara bertemu orang tidak dikenali untuk mencari jodoh itu, namun seseorang muslim perlulah mengikut cara yang betul.
Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai syurga.
Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan.
Sekadar info, ‘speed dating’ itu dianjurkan secara berkala di kafe dan para peserta yang ingin mencari jodoh perlu bertemu dan berkenalan selama lima minit setiap orang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.