“Islam Menegah Buka Aib” – PU Syed Beri Respon Anak Halim Othman Dedah Status Anak Tak Sah Taraf

Hiburan

“Islam Menegah Buka Aib”  – PU Syed Beri Respon Anak Halim Othman Dedah Status Anak Tak Sah Taraf

Penceramah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran dan penjelasan terhadap tindakan anak perempuan kepada penyampai radio terkenal Halim Othman, Myra Natasha yang mendedahkan status dirinya sebagai anak tidak sah taraf.

PU Syed yang ditemui media berkata, perbuatan itu sepatutnya tidak dilakukan kerana ia berada dalam kategori membuka aib.

Advertisement

Perbuatan anak kepada saudara Halim Othman (Myra) itu adalah tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, Islam menegah seseorang itu untuk mendedahkan keaiban tersembunyi sama ada berkaitan dengan diri sendiri atau orang lain.

Keadaan ini adalah bertujuan untuk menutup rahsia yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang lain.

Penceramah itu juga menyenaraikan beberapa perkara yang harus dibuka meskipun berada dalam golongan aib seperti yang dimaklumkan Imam Al-Nawawi.

1. Mengadu kezaliman kepada pihak yang mempunyai bidang kuasa atau kemampuan untuk berlaku adil kepadanya daripada orang yang berlaku zalim terhadapnya.

2. Mencari pertolongan daripada orang tertentu yang mampu mengubah kemungkaran dan membawa si pelaku maksiat ke jalan kebenaran.

3. Meminta fatwa daripada mufti.

4. Memberi amaran kepada seseorang terhadap kemungkaran dengan menasihati dan memberitahunya berkenaan perihal buruk seseorang yang tidak harus dia ikuti.

5. Menyebut dan mendedahkan kesalahan dan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan. Namun haram membuka aibnya berserta kesalahan-kesalahan lain yang tidak dilakukan secara terang-terangan, kecuali atas tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

6. Menyebut seseorang dengan panggilan yang buruk kerana hanya dengan panggilan tersebut sahaja dia dikenali. Sekiranya panggilan tersebut digunakan untuk merendah-rendahkan atau mengejek, ia adalah haram.

Terdahulu, Myra mendedahkan bahawa Halim dan ibuya tidak pernah bernikah seperti yang didakwanya sebelum ini.

Myra yang juga merupakan seorang pelakon itu memberitahu dia terpaksa berbuat demikian kerana Halim Othman telah mengubah nama bapa di dalam sijil kelahirannya sesuka hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Halim Othman
6 months ago

Halim Othman Beri Respon Isu Pendedahan Anak Luar Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...