“Islam Ke? Atau Kafir?” – Sering Disoal Status Agama, Rupa-Rupanya Kevin Zahri…

Hiburan

“Islam Ke? Atau Kafir?” – Sering Disoal Status Agama, Rupa-Rupanya Kevin Zahri…

Siapa tidak kenal jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri yang sering memuat naik video dan foto mengenai tips sihat dan diet seimbang di media sosial.

Kevin yang kini semakin dikenali di layar TV atas jemputan mengacara dan menjadi tetamu sesebuah program berkata, dia sering menerima soalan mengenai agama yang dianutinya kini.

Advertisement

Kata Kevin atau nama sebenarnya Kevin Zahri Bin Abdul Ghaffar ini, dia tidak kisah menerima soalan seperti itu kerana tahu ramai pengikut media sosialnya tertanya-tanya mengenai status agamanya.

Nama saya dulu Kevin Nicholai Christopher Zahri. Ayah saya adalah seorang Melayu Muslim, ibu saya pula kristian daripada Jerman.

Mak saya yang lebih ajar mengenai agama. Saya pergi gereja, sembahyang seperti kristian, sertai koir krismas, saya baca buku Bible ketika kecil.

Setelah itu, dia dan bapanya kemudian berpindah ke Malaysia ketika umurnya berusia 12 tahun. Bapanya kemudian mendapat pendedahan dan hidayah mengenai agama Islam dan mula mendidik anak-anak dengan lebih baik.

@kevinzahri

Life is a journey of discovery ??

? original sound – Kevin Zahri – Kevin Zahri

Dia kemudiannya menjawab persoalan orang ramai mengenai status agamanya di mana Kevin mengakui dia merupakan seorang muslim dan berbesar hati untuk berkongsi mengenai penghijrahannya sebagai seorang mualaf.

“Itu merupakan latar belakang saya dari segi keagamaan yang bermula sebagai Kristian dan sekarang saya merupakan seorang muslim. Alhamdulillah.” jelasnya tenang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Didie alias
2 years ago

“Naik Bas Pergi Danok” - Didie Alias Dedah Pernah Berniaga Di Kelab Malam, Jual ‘Coli’ Kepada GRO

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...