June 15th, 2020

Pasangan romantis Isa Khan dan tunangnya, Nur Risteena rancang menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini. Namun perancangan itu bergantung kepada situasi semasa sekiranya sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berterusan.

isa khan risteena

Menurut Isa mereka merancang untuk mengadakan majlis tersebut sekitar November daau Disember ini. Hal ini kerana, mengikut perancangan majlis pertunangan sebelum ini, pasangan ini hanya tidak mahu bertunangan lama-lama dan hanya menetapkan sekitar setahun sahaja.

Bagaimanapun, pasangan ini masih tidak menetapkan tarikh yang sesuai disebabkan PKPP yang masih berterusan dan tidak pasti kesudahannya.

Tambah Isa, belia mahu melangsungkan pernikahan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti majlis resepsi pada taikh yang bersesuaian.

isa khan risteena

“Besar harapan saya dapat mengadakan majlis pernikahan dan persandingan serentak. Bagaimanapun, disebabkan COVID-19 belum berakhir, terfikir juga mahu bernikah dahulu dan majlis persandingan diadakan tahun hadapan.

Namun, segelanya masih belum ditetapkan dan perlu perbincangan daripada kedua belah keluarga dan melihat situasi semasa.

Untuk rekod, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu selepas kira-kira lima bulan berkenalan.

isa khan risteena

Majlis pertunangan itu berlangsung di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga masing-masing. Terdahulu kecoh di laman sosial apabila kisah Risteena kononnya diculik gara-gara tidak mengangkat panggilan telefon daripada Isa ketika leka memandu kenderaan.

Situasi itu turut mengundang caci maki daripada netizen dan menganggap perkara tersebut terlalu melebih-lebih dan melabel pasangan ini bagai terdesak inginkan publisiti murahan.

Sumber: BH Online


3 responses to “Isa Khan, Nur Risteena Rancang Nikah Hujung Tahun Ini”

  1. Anonymous says:

    Nikah esok pun xapa.. Malulah tengok?

  2. Anonymous says:

    Nikah esok pun xapa.. Malulah tengok?

  3. Anonymous says:

    X usah rancang, kahwin je. Kahwin online leh kan. Majlis apa tangguh dulu. Lambat2 kang, hmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...