Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena Kerana Terpaksa Tunda Hari Perkahwinan

Hiburan

Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena Kerana Terpaksa Tunda Hari Perkahwinan

Mendedahkan bahawa mereka sepatutnya melangsungkan hari perkahwinan pada 21 November lalu, namun hasrat pelakon terkemuka tanah air, Risteena Munim bersama pasangannya Isa Khan kini musnah gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Advertisement

Kata Risteena, kedua-dua belah pihak sudah sepakat untuk menangguhkan dahulu majlis itu ke tarikh lain kelak.

Isa khan menangis depan ibu risteena kerana terpaksa tunda majlis nikah

“Sepatutnya saya dan @theisakhan akad nikah pada 20.11.2020 sehari selepas hari jadi saya. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.

Dalam pada itu, pihaknya juga akui biarpun segala perancangan telah dibuat, namun aturan Allah SWT itu adalah lebih baik.

“Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama-sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan.”

Bagaimanapun, kakak kepada aktres serba boleh Ruhainies ini juga akui bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepadanya.

“Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik.”

Menerusi posting di laman Instagram itu, jelas terpancar keikhlasan kedua-dua mereka apabila rakaman video menyaksikan Isa dan Risteena tidak mampu menahan sebak di dada sehingga menitiskan air mata ketika bercakap dengan ibu Risteena iaitu Che Bunga Salleh.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan hari pertunangan pada 23 November tahun lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Sumber: IGTV Risteena Munim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...