Sebelum bertindak membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Audi sebagai hadiah ulang tahun perkenalan buat tunangnya, Risteena Munim, pelakon Isa Khan mendedahkan bahawa dirinya mengambil masa selama enam bulan untuk menyimpan wang.
Menurut Isa, ia merupaan wang simpanan selama enam bulan selepas mengusahakan perniagaan produk makanan tambahan miliknya iaitu “Lovit”.
Malah ia juga dianggap sebagai salah satu bentuk penghargaan buat Risteena pada ulang tahun perkenalan mereka.
Tambah Isa, Risteena memilih kenderaan tersebut sebagai hadiah kerana ia merupakan kereta yang amat diminatinya.
“Sebelum ini, kami memang ada berborak mengenai kereta Audi. Sebenarnya kami sama-sama minat dengan kereta tersebut. Jadi, sebab itulah saya membelinya.”
Advertisement
Terdahulu, Isa memuat naik sepotong video di laman Instagram miliknya memahat sebuah kisah pemberian kereta mewah daripadanya buat kekasih.
Dalam pada itu, Isa juga mengakui perniagaan yang diusahakan bersama tunangnya itu semakin berkembang maju apabila mula menembusi pasaran negara jiran.
“Kami berharap agar perniagaan ini dapat terus berkembang termasuklah di pasaran luar negara.”
Untuk rekod, Isa dan Risteena mengikat tali pertunangan pada 23 November lau di Bali, Indonesia. Pasangan ini juga dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Sumber: Gempak

mosh
June 22, 2020 at 10:06 pm
gi mampos
anonymous
June 22, 2020 at 9:00 pm
duit tino tuu
Anonymous
June 22, 2020 at 8:00 pm
Muntah ijo
Anonymous
June 22, 2020 at 6:22 pm
Alaa..belum nikah lg dh bg mcm2….jgn pulak lps setahun kawen g mahkamah syariah pulak…time tu mula laa ungkit mengungkit…silap2 nafkah pn x bg…hahaha…
Anonymous
June 22, 2020 at 4:16 pm
Terbaik dalam masa 6 bulan kumpul duit mampu beli kereta mewah……….semoga berjaya terus dlm bisnes
Anonymous
June 22, 2020 at 7:39 pm
Nonsense story
Anonymous
June 22, 2020 at 8:39 pm
Kumpul 6bulan for downpayment logik la kot. Hahahaha