“Iron Man Siap Buka Kasut” – Komik Terbaru Marvel Tunjuk Wira-Wira Dalam Majlis Tahlil Jadi Tumpuan

Gaya Hidup

“Iron Man Siap Buka Kasut” – Komik Terbaru Marvel Tunjuk Wira-Wira Dalam Majlis Tahlil Jadi Tumpuan

Satu terbitan komik daripada Marvel Universe telah mencuri perhatian peminat francais itu dalam satu edisinya iaitu Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel.

Seorang peminat tegar Marvel Comics, Muhd Ariffin di Facebook telah berkongsi panel komik tersebut yang memperlihatkan wira-wira ‘universe’ itu terbuka dalam perihal agama Islam.

Advertisement

Difahamkan, panel edisi itu menunjukkan komuniti Muslim New Jersey mengadakan sebuah majlis tahlil untuk memperingati kematian Kamala Khan yang membawa watak Ms. Marvel.

Antara karakter Marvel yang ‘hadir’ dalam majlis tahlil itu ialah Iron Man, Spiderman, Wolverine, Captain Marcel dan Hulk.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila watak-watak tersebut dilihat menghormati majlis apabila Captain Marvel memakai tudung dan Iron Man pula turut menanggalkan kasut ketika masuk ke dalam masjid.

Watak marvel curi tumpuan majlis tahlil

Ia sekaligus menuai pujian peminat-peminat Marvel Comics kerana membawa masuk elemen Islamik dalam rangkaian komik mereka selain kepelbagaian dalam plot cerita mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu syamsul yusof mengalir air mata
2 weeks ago

"Sejujurnya, Mengalir Air Mataku.." - Datin Patimah Sedih Kenang Syamsul Yusof Harung Takdir Seorang Diri

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...