Tahukah anda apa persamaan Natasha Hudson dan Irma Hasmie? Kedua-duanya telah berhijrah ke arah memakai tudung tidak berapa lama dahulu dan kedua-duanya kini sedang hamil hasil perkahwinan mereka.
Memang jelas terpancar sinar keibuan di wajah mereka berdua apabila menghiasi muka depan majalah LISA keluaran Mac 2013. Pasti kedua-duanya tidak sabar untuk bergelar ibu terutamanya Irma Hasmie yang bakal melahirkan anak sulungnya. Abang Nara yakin peminat Irma sentiasa mendoakan agar Irma sihat sejahtera sepanjang kehamilannya.
Abang Nara sebenarnya tak sabar untuk melihat kecomelan anak Irma Hasmie kelak. Kalau lelaki, pasti sekacak ayahnya. Apa pun jangan lupa dapatkan majalah LISA di kedai buku berhampiran anda untuk mengetahui perkembangan terkini Irma Hasmie dan Natasha Hudson.
P.S: Tercari-cari rahsia untuk tampil menawan dengan mudah dan berkesan? Cubalah Bedak Arab Kokuryu sekarang jugak. Tak perlu pakai make up lagi selepas anda menggunakannya. LIKE Facebook CantikNara atau email ke [email protected] untuk info lanjut.