Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 43, mengambil keputusan untuk berdiam diri berhubung dakwaan kononnya dia sudah kembali mendirikan rumah tangga.
Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim, menjelaskan bahawa keputusannya itu dibuat supaya isu berkenaan tidak menjadi bahan bualan dan mengelakkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Yang tahu, tahulah. Ia bukan untuk diwar-warkan. Saya tidak boleh berkongsi mengenai perkara itu kerana ia akan menimbulkan pelbagai tafsiran.
Zaman sekarang ini sukar, apa sahaja yang kita kata boleh jadi isu. Jadi lebih baik saya tidak bercakap langsung.
Irma juga menegaskan bahawa keputusan untuk tidak mengulas dibuat bagi menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga, anak-anak, serta saudara mara.
Sudah tentu banyak hati yang perlu dijaga, bukan hanya keluarga terdekat dan anak-anak, tetapi juga saudara mara dan keluarga besar saya.
Emak dan ayah sudah tiada, jadi saya perlu fikir tentang ahli keluarga lain yang mungkin tertanya-tanya. Saya tidak mahu memeningkan ramai pihak.
Beliau turut menyedari sebagai figura seni yang sudah lama dalam industri, gosip peribadi tidak dapat dielakkan.
Saya sudah lama dalam industri, jadi perkara seperti ini tidak boleh dielakkan. Orang akan tetap bercakap walau apa pun saya lakukan.
Sebab itu saya tidak mahu berkata apa-apa yang boleh menimbulkan fitnah atau salah faham. Kalau saya beritahu perkara sebenar pun, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya diam.
Terdahulu, Irma mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. Pasangan ini disahkan bercerai sekitar Oktober 2023, selepas perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan Irma, Reen Emran, menerusi Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
