March 26th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Irma Hasmie dan tunangnya, Rezza boleh bertemu. Rupa-rupanya mereka berdua ditemukan semasa mengerjakan umrah. Irma telah bertemu ibu Rezza di hadapan Kaabah dan daripada situ perkenalan mereka bermula.

irma

Kata Irma:-

Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan dan pertemuan yang singkat kami sudah tiba peringkat pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama. Alhamdulillah, Tuhan telah mempermudahkan hati saya untuk menerimanya tanpa rasa ragu-ragu.

Paling menarik ialah sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah, ibu Rezza terus menghantar rombongan merisik. Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Irma kepada kedua ibu-bapanya. Sekarang ini mereka berdua hanya menunggu hari pernikahan iaitu 1 Julai kelak.

irma

Kata Irma lagi:-

Saya tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh di tanah suci, tetapi saya sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik daripadaNya.

“Lebih menggembirakan saya, apabila jodoh saya ini telah restui daripada kedua-dua belah keluarga dan kmereka jugalah yang menguruskan serta merancang segalanya untuk kami. Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya.

Apa pun jutaan tahniah kepada Irma Hasmie yang akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. Kredit info Murai.


61 responses to “Irma Hasmie Dan Rezza Bertemu Jodoh Di Hadapan Kaabah”

  1. […] Cerita Artis Selebriti hari ini, Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Irma Hasmie dan tunangnya, Rezza boleh bertemu. Rupa-rupanya mereka berdua ditemukan semasa mengerjakan umrah. Irma telah bertemu ibu Rezza di hadapan Kaabah dan daripada situ perkenalan mereka bermula. Kata Irma:- Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan … Continue reading ? […]

  2. sotare apple says:

    alhamdulillah,perfect couple..simple tp berkat..semoga jodoh hingga akhir hayat.

  3. awin says:

    tahniah erma…. mudahan berkekalan sehingga ke perkhawinan…..

  4. nadirah_naser says:

    tahniah irma :-) so sweet…smoga dpmudahkan sumenya :-)

  5. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    dh memang rezza ni dh di jodoh kn allah ngan irma ….jadi kite doa kn saje lah tk payah lah nk komen yg macm2 itu lah ini lahhhhh kadang2 si pengomen2 ni komen dorang ni terover sangat la pulak ….komen sikit2 n puji2 tu agak2 laaaaaaa ni tak melampau sangat nyampah pulak minah jambu !!!!!

Loading...