Bukan sahaja peminat, namun adik kepada Amira Othman iaitu Irfan Harris dilihat antara yang paling teruja dengan penyatuan dua hati antara Fattah Amin dan kakaknya.
Bakal berlangsung malam ini, Inspirasi di Threads sempat menemubual Irfan Harris dan beberapa teman rapat yang lain bagi menanyakan pendapat mereka mengenai pernikahan yang dinantikan ramai itu.
View on Threads
Apabila ditanya sama ada dia merupakan ‘mastermind’ disebalik perkenalan antara Fattah dan Amira, jawab Irfan,
Tak adalah mastermind sangat, saya pernah cerita sebelum ini, masa awal saja cucuk main-main. Tapi pada akhirnya, memang jodoh yang Allah susun. Saya takut nak claim jadi ‘mastermind’, tapi ini memang jodoh susunan Allah.
Dalam pada itu, Irfan mengakui bahawa Fattah Amin sangat ‘gentleman’ kerana terus berjumpa dengan ibu bapanya untuk berkenalan bersama Amira Othman.
Malah, penyanyi itu mendedahkan bahawa pasangan yang bakal bernikah itu mempunyai karakter yang sama lantas mereka sesuai bersama. Tekannya,
Macam saya cakap, ini semua aturan Allah. Macam dalam al-Quran cakap, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya yakin itulah abang Fattah dan kakak saya.
Dalam pada itu, siaran langsung pernikahan itu akan bersiaran di Unifi TV pada jam 8 malam.