Penyanyi, Irfan Haris menafikan sindiran daripada segelintir netizen bahawa dirinya didakwa menumpang populariti kakak sulungnya, Amira Othman.
Menerusi podcast, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata hubungan sesama keluarganya sangat rapat tidak kiralah di hadapan atau di belakang kamera.
Tambah pelantun lagu Redha itu lagi, dia hanyalah menumpang rezeki kakaknya itu sejak menjadi bualan hangat di media sosial.
Saya tak pernah rasa untuk tumpang populariti orang. Perkara ini benar. Bukan rekaan semata-mata. Kami memang sangat rapat. Saya rasa kakak saya ini rezeki. Dalam pada itu, saya menumpang rezekinya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Irfan akui tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi kakaknya sehingga ke hari ini namun tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk rasa cemburu.
Irfan juga percaya hubungan mereka adik beradik begitu baik disebabkan hasil tunjuk ajar dan didikan daripada ibu bapa mereka yang tidak pernah membanding-bandingkan.
Setiap anak tidak sama, berbeza-beza. Apa saja kami nak buat, mereka sokong. Janji perkara yang nak dibuat tidak salah.Tak pernah sedikit pun terlintas di hati saya nak cemburu dengan rezeki kakak saya.
@affendyjailani #irfanharis nafi tumpang populariti #amiraothman #fattahamin #podcastbukakmulut #foryoupage ♬ original sound – Affendy Jailani