Iran Mula Hantarkan Serangan Kepada Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Iraq

Trending

Iran Mula Hantarkan Serangan Kepada Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Iraq

Pada malam Selasa waktu tempatan, Iran mula menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq dengan menghantar beberapa peluru berpandu. Serangan ini disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara. Namun sehingga kini, tiada maklumat rasmi tentang kecederaan dan kematian yang dilaporkan akibat serangan itu.

Advertisement

“Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu”

Berita serangan ini turut mendapat perhatian dari Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham. Beliau juga memberitahu Donald Trump sudah sedia maklum dengan serangan ini dan sedang memerhati rapat situasi ini sambil mendapat nasihat dari pasukan keselamatan.

Ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran memuncak disebabkan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani dalam serangan udara AS berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...