Baru-baru ini, tular video beberapa selebriti popular memeriahkan program zumba anjuran sebuah syarikat pengeluar minuman kesihatan.
Dapat dilihat dalam video-video yan dimuat naik, antara selebriti dan pempengaruh yang hadir adalah Fasha Sandha, Puteri Sarah, Abby Abadi, Nora Danish, Bella Astillah, Marissa Dania Hakim dan ramai lagi.
Bagaimanapun, kelincahan Puteri Sarah melakukan zumba telah mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen, biarpun aktiviti itu memang memerlukan seseorang untuk bergoyang mengikut irama lagu yang dimainkan.
Ada beberapa netizen berkata aktres itu kelihatan tergedik-gedik apabila melakukan zumba bersama barisan artis yang lain.
Bahkan, menurut Hib Glam, ada yang membandingkan ibu tunggal tersebut dengan bekas isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang kelihatan lebih malu serta ‘tertutup’.