Nama pempengaruh dikenali ramai iaitu Ira Kazar sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dirinya berkongsikan foto bersama seorang lelaki tampan di platform Instagram.
Dapat dilihat di perkongsian tersebut, Ira yang merupakan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi kelihatan gembira bersama lelaki yang dikenali sebagi Sirac Kaya.
Hal yang mencuri perhatian ramai apabila lelaki itu dipercayai berasal daripada negara Turkey kerana meletak meletak bendera negara tersebut di ruangan profil Instagramnya.
Sebelum ini difahamkan personaliti media sosial itu pernah memberi gambaran bahawa dirinya sedang dilamun cinta selepas menjawab pertanyaan seorang individu mengenai mencari pengganti yang baru.
Ira Kazar dengan selamba menjawab ‘tengah gaduh’ seolah-olah mengakui sudah jumpa pengganti buat bekas suami, Syamsul Yusof.