Ira Kazar Tuntut RM3,000 Daripada Syamsul Yusof Atas Alasan Menyusahkan Dirinya, Hanya Dibayar RM300

Hiburan

Ira Kazar Tuntut RM3,000 Daripada Syamsul Yusof Atas Alasan Menyusahkan Dirinya, Hanya Dibayar RM300

Bekas isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof, Ira Kazar dilaporkan ada membuat tuntutan terhadap bekas suaminya itu sebanyak RM3,000.

Namun begitu, Syamsul dilaporkan hanya membayar RM300 daripada jumlah keseluruhan yang dituntut.

Advertisement

Difahamkan, Ira berbuat demikian kerana tindakan Syamsul telah menyusahkan pihaknya untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini.

Mahkamah kemudian menetapkan bayaran RM200 untuk dibayar oleh Syamsul Yusof kepada bekas isterinya itu sebagai kos kehadirannya ke mahkamah.

Namun begitu, peguam mewakili Syamsul membantah tuntutan itu kerana menurutnya urusan perceraian yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September telah menjimatkan masa semua pihak.

Manakala peguam mewakili Ira, Fadhil Abdul Razak menganggap jumlah RM3,000 yang dituntut adalah munasabah kerana tindakan Syamsul telah menyusahkan anak guamnnya.

Fadhil juga mendakwa Syamsul tidak jujur ketika lafaz taklik sebelum ini sehinggakan mereka perlu memfailkan perkara itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Saya cuma nak katakan bahawa kami kesal kerana Syamsul sudah pun membuat lafaz cerai di luar mahkamah. Tapi Syamsul memilih untuk membuat permohonan cerai dan bukannya pengesahan lafaz taklik yang berlaku sejak 14 Ogos lalu.

Terdahulu, Ira dan Syamsul telah sah bercerai talak 1 pada 5 September 2024 setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ira kazar
3 months ago

“Yang Sudah Diberikan, Tak Akan Dipulangkan Semula” - Ira Kazar Tak Setuju Syamsul Tuntut Semula Harta Diberi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...