Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar mengakui dirinya jahil dek kontroversi yang pernah melandanya sebelum ini.
Namun, Ira memilih untuk tidak mengambil pusing berkenaan kecaman yang sering diterimanya sehingga kini terutamanya dengan gelaran ‘penyondol’ rumah tangga orang lain.
Sibuk je, ramai la dulu orang tahu saya ni macam mana. Tak payah bagitahu dekat orang lain. Memang dulu jahil pun. Sekarang pun jahil juga.
Wanita itu dirakam berkata demikian menerusi satu sesi siaran langsung yang dimuat naik seorang individu di TikTok.
Kita sibuk nak cakap pasa maeke up, kau sibuk cakap pasal benda lain.
Tapi jangan risau, saya tak terganggu pun. Saya terhibur sebab awak masih kisah pasal hal saya sedangkan saya sudah tak kisah pasal benda tu.
Terdahulu, nama Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi mencuri tumpuan ramai apabila dia dilaporkan bernikah dengan Syamsul Yusof di Thailand.
Susulan itu, perkahwinan Syamsul bersama pelakon Puteri Sarah hancur berkecai gara-gara kehadiran Ira Kazar.
Namun, Ira dan Syamsul sah bercerai pada 16 Ogos tahun lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.