Bekas isteri pengarah, Syamsul Yusof mencuri perhatian warganet apabila dilihat tampil menggayakan busana pengantin serba putih lengkap dengan tiara di kepalanya.
Ira Kazar ditata rias oleh jurusolek Fatimah Jamal dengan mekap soft membuatkannya menerima pujian ramai kerana dikatakan semakin cantik sejak menjalani kehidupan solo.
Hantaran tersebut juga membuatkan sesetengah individu tertanya adakah betul anak kepada aktor veteran, Kazar Saisi itu kembali mendirikan rumah tangga.
Rata-ratanya memuji kecantikan Ira selain berkata mukanya semakin berseri-seri kini apatah lagi dia dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.
Beberapa individu juga gembira untuk Ira dan menyebut tentang perkahwinan yang betul adalah dengan majlis yang proper bukan di sempadan Thailand memakai stoking bola.
Menerusi beberapa hantaran lain, jurusolek tersebut dilihat pernah menata rias Ira bebeapa kali dan salah satunya memaparkan wanita itu lengkap berpakaian tradisional seperti untuk majlis persandingan.
So, betul ke Ira Kazar dah kahwin senyap senyap sekali lagi?