Ira Kazar Kongsi Perjalanan Bangkit Dari Fasa Sukar Dalam Hidup – “Bukan Mudah Untuk Saya ‘Move On’ & Pandang Ke Depan..”

Hiburan

Ira Kazar Kongsi Perjalanan Bangkit Dari Fasa Sukar Dalam Hidup – “Bukan Mudah Untuk Saya ‘Move On’ & Pandang Ke Depan..”

Selepas perkahwinannya dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof berakhir dengan lafaz cerai di mahkamah, Ira Kazar mengakui dia sedang berjuang keras untuk bangkit semula dan membina kekuatan diri.

Dalam satu video di TikTok, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, mendedahkan bahawa dia pernah melalui fasa yang sangat sukar namun memilih untuk tidak terus tenggelam dalam kesedihan dan kemurungan. Sebaliknya, dia nekad untuk terus kuat dan melangkah ke depan.

Advertisement

ira kazar

Bukan mudah untuk saya move on dan pandang ke depan. Semua tu mengambil masa untuk membentuk keyakinan diri.

 

Orang lain tak boleh tolong, jadi saya paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif. Itu caranya saya paksa diri sendiri. Apa yang saya lalui sebelum ini banyak beri pengajaran. Sekarang saya nampak macam-macam perkara saya boleh lakukan.

Nekad untuk meneruskan hidup baru, dia berkata keputusan untuk bangkit itu juga datang daripada kesedaran dalaman.

Kalau kita pilih untuk bersedih atau murung terlalu lama, maka kita akan sentiasa di situ.

 

Saya tanam niat untuk teruskan hidup dan nak tengok perkara-perkara baru. Saya tak nak sedih dan murung terlalu lama.

@nuefera Pengalaman lalu membuatkan Ira lebih matang dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. #irakazar #nuefera ♬ original sound – Nuefera

Walaupun begitu, dia tidak menafikan sokongan insan sekeliling juga menjadi antara sumber kekuatannyua untuk kekal positif.

Terdahulu, Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan berlaku lafaz cerai taklik oleh Syamsul terhadap Ira ketika mereka masih suami isteri. Pada hari yang sama, mahkamah turut mengesahkan perceraian pasangan tersebut secara rasmi.

ira kaza mengaku jahil
2 months ago

Ira Kazar Mengaku Jahil, Tak Kisah Dikecam Ramai - "Dulu Orang Tahu Saya Macam Mana"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...