Ira Kazar Kongsi Foto Laksa Dan Mi Kari, Raut Wajah Bergenang Air Mata Jadi Tumpuan

Hiburan

Ira Kazar Kongsi Foto Laksa Dan Mi Kari, Raut Wajah Bergenang Air Mata Jadi Tumpuan

Susulan daripada berita pengarah Syamsul Yusof telah memfailkan perceraian terhadap isterinya Ira Kazar, media sosial wanita itu kembali menjadi tumpuan warga maya sejak beberapa hari ini.

Terbaru, Ira dilihat berkongsi swafoto terbarunya di bahagian Instagram Story selain foto makanan seperti laksa, mi kari dan juga laicikang.

Advertisement

Namun, apa yang mencuri perhatian warga maya adalah riak muka Ira yang kelihatan sedih mungkin mengenangkan gelora rumah tangga yang dialaminya kini bersama Syamsul Yusof.

ira kazar menangis

ira kazar kongsi foto makanan

Sebelum ini, Ira dilihat mula menggunakan media sosialnya untuk mempromosikan produk kecantikan sejurus selepas berita perceraian itu tersebar di media sosial.

Dia juga sebelum ini gemar berkongsi resipi di akaun TikTok namun sudah tidak aktif sejak kebelakangan ini.

Ruangan Instagram wanita itu turut dipenuhi komen-komen simpati dan memintanya untuk terus kuat menghadapi hidup meskipun menghadapi kegagalan dalam kehidupan berumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

media sosial ira kazar dipenuhi komen simpati netizen
3 weeks ago

Media Sosial Ira Kazar Dipenuhi Kata Semangat, Simpati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...