“Ira Kazar Kini Hamil? Datin Fatimah Pesan Jangan Cakap Apa-Apa” – Datuk Yusof Haslam

Trending

“Ira Kazar Kini Hamil? Datin Fatimah Pesan Jangan Cakap Apa-Apa” – Datuk Yusof Haslam

Berlegar di media sosial sejak semalam apabila satu khabar angin yang mengatakan isteri kedua pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sudah pun berbadan dua.

Memetik Kosmo, bapa kepada Syamsul, pengarah Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa dia tidak berada dalam posisi untuk mengulas lanjut berkenaan perkara terbabit.

Advertisement

Saya tak tahu dia (Ira) hamil ke apa. Saya tak tahu. Wallahualam.

Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa. Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.

Kata Yusof Haslam lagi, isterinya, Datin Fatimah masih berada dalam keadaan sugul dan perlu menjaga hati anaknya kerana enggan mengeruhkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.

Dia juga sempat mendoakan kesejahteraan anak-anak dan ahli keluarganya ketika ditemui tayang perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Mengimbas kembali, episod keretakan rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana semakin memuncak apabila pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar iaitu wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga mereka.

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat berikutan ibu bapa Syamsul Yusof yang secara terang-terangan menunjukkan tanda tidak restu terhadap perkahwinan kedua pengarah itu bersama Ira Kazar.

kazar perli puteri sarah
1 year ago

"Sedia Makanan Suami Lagi Besar Pahala Dari Pergi Umrah" - Kena Perli? Puteri Sarah Beri Ruang Kazar 'Meroyan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...